Anak

Sunday, July 26, 2015

Assalamualaikum
Malam ni aku rasa rajin plak nak up satu entry. Tapi entry kali ni macam syahdu plak rasanya. Haii...orang preggy ni emosi dia mudah terganggu kan?Cepat rasa nak menangis,cepat rasa nak marah dan paling ketara bagi aku ialah tersangat sensitif. Aku sangat akuinya.

Aku just nak share kisah duit raya aje. Tahun ni tahun pertama aku kat sekolah baru setelah dimurahkan rezeki oleh Allah tahun lepas untuk pertukaran antara negeri. Alhamdulillah sangat-sangat. Jadinya bila berada di sekolah baru,ada banyak jugaklah perkara baru yang akan aku hadapi kan? So,menurut suami aku (aku satu sekolah ngan suami sendiri tau) kat sekolah kitorang ni,setiap kali menjelangnya raya..semua guru akan berikan duit raya kepada semua anak-anak cikgu. So,kiralah setiap cikgu tu ada berapa orang anak dan kesemua anaknya akan diberikan duit raya. Tapi syaratnya anak dia umur tak lebih dari Tahun 6 lah.

Memandangkan aku preggy,makanya aku ngan suami memang takde dapatlah angpau raya dari cikgu lain kan?Tapi masa hari last aku kat sekolah hari tu (aku dah start bercuti sekarang),aku sangat terkejut bila dapat jugak satu angpau raya dari ustaz kat sekolah aku. Katanya,baby akan tetap keluar jugak dan dia memang dah sediakan bajet untuk baby dalam perut cikgu-cikgu kat sekolah ni. Untuk pengetahuan korang,kat sekolah aku sekarang ada 4 orang cikgu yang preggy tau,3 orang termasuk aku due nya bulan Ogos nanti..hehehehe

Lepas aje ustaz tu bagi angpau raya,aku terus simpan tapi sempat jugaklah bagitau kat baby dalam perut yang dia dah dapat angpau raya pertama. Terus bergerak-gerak dia kat dalam. Aku simpan angpau tu dalam notebook aku dan aku tak bukak-bukak pun angpau tu sampai saat ni.

Tapi malam ni entah kenapa,aku ada terbaca kisah sedih kat facebook yang melibatkan sebuah keluarga dan tetiba aku teringat angpau raya baby aku tu. Rasa sangat sedih sampai meleleh jugaklah air mata sebab aku fikir anak aku yang tak lahir lagi pun dah dikurniakan rezeki oleh Allah tapi kenapa ada insan di luar sana yang masih tak menghargai hadirnya insan yang bernama zuriat dalam kehidupan mereka? Apa yang aku baca? Ada satu post yang melibatkan seorang wanita yang sedang preggy 6 bulan menawarkan kepada sesiapa yang mahukan anak dalam kandungannya as anak angkat. Dia siap post gambar scan lagi.

Demi Allah,saat tu jugak aku menangis. Yer,kalau dulu orang cakap hati seorang ibu ni sangat mudah tersentuh dan aku hanya bersetuju tanpa merasainya tapi sekarang aku sendiri rasa dan rasa sedih giler kut bila ada insan yang dah cari keluarga angkat untuk anak dalam kandungannya. Entah lah,aku sendiri tak tahu apa masalah wanita tu,mungkin dia terdesak atau mungkin dia ada masalah lain tapi aku sangat tertanya-tanya,tegarnya dia nak menyerahkan anak yang dikandung 9 bulan,yang dia sendiri merasai gerakan-gerakan comel dalam perut dan yang dia sendiri bertarung nyawa untuk melahirkan...tak sedih ke dia?

Dunia sekarang makin pelik kan?Kadang-kadang haiwan secara terang-terangan menunjukkan kasih sayang diorang pada anak masing-masing walaupun tak diberikan akal oleh Allah tapi kenapa manusia tak boleh faham? Lagi satu,sekiranya ada insan yang beranggapan anak itu membebankan,nescaya dia tidak percaya dengan janji Allah yang mengatakan setiap anak tu ada rezeki tersendiri. Sebab tu lah bila aku tengok duit raya anak sendiri,aku menangis..sungguh aku tak faham hati sendiri sekarang yang terlampau sensitif walaupun sebelum ni aku rasa akulah insan yang kuat hatinya menghadap macam-macam perkara dan ujian. Ajaibnya perasaan seorang ibu kan?

Rasanya itu ajelah yang aku nak coret kat sini. Terima kasih if ada yang sudi membaca entry syahdu aku ni..hahahaha,sebelum aku akhiri entry ni,aku up dulu perkara yang buatkan air mata aku meleleh malam ni.


Jumpa lagi,wassalam.

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in