Trip Honeymoon To Bali - Review Part 2

Sunday, December 21, 2014

Assalamualaikum....alhamdulillah ,yay dapat publish entry setelah berkurun diperam.Kononlah kan,hahaha...ok,aku sambung entry dengan another tempat menarik lagi.

9) Gunung Batur
Gunung ni terletak di Kintamani. Kalau sape2 pernah pergi ke Bandung,gunung ni lebih kurang macam Tangkuban Parahu. Memang sejuk dan semestinya ada ramai penjual yang akan mengekori bontot kita dengan serajin-rajinnya. Rasanya aku lebih rimas ngan penjual kat sini daripada Tangkuban Parahu tu. Ariff dah pesan awal2 pada kami supaya tak beli sebab kadang2 penjual ni mempunyai tricks yang akan memerangkap korang. Dia cakap aje

" mbak,beli mbak...5 helai 5 aje"

Tapi sebenarnya tahukah korang 5 yang dia maksudkan tu ialah 5usd!!Silalah membayo kalau korang dah terkena. Dahlah kalau kita tak nak beli barang,mereka mungkin akan mengeluarkan ayat yang pedih telinga jugak didengar. Tapi takpelah,abaikan aje..sebab aku bukan nak citer pasal diorang,aku nak citer pasal gunung.

Untuk masuk ke kawasan Kintamani ni,sorang kena bayar 10k rupiah. Pastu ambiklah gambar banyak2 sebab view kat sini memang cantik. Disediakan tempat yang paling superb gambar boleh diambil. Gunung Batur ni last meletus tahun 2002,mengikut kata si Ariff lah.


Sangat cantik sebab tanah dia subur.


Nampak tak tasik kat belakang tu..cantik!

Ok,itu aje yang aku nak cerita pasal Gunung Batur ni...next!

10) Kecak Dance
Selain daripada Barong Dance,Kecak Dance jugak terkenal di Bali. Kecak Dance ni boleh ditonton hanya di Uluwatu. Nak masuk ke Uluwatu ni pun kena bayar jugak. Bayaran masuk ke Uluwatu ini ialah 10k rupiah seorang. Kat sini semua pengunjung yang datang kena pakai/ikat kain warna purple/kuning...if korang pakai skirt atau short pan,makanya dia sruh pakai kain warna purple lah. Kenapa kena pakai kain bagai nih?Haaa...sebabnya,Uluwatu ni kira tempat suci dan terletaknya temple paling hujung di Bali. Uluwatu maksudnya tanah paling hujung/batu paling hujung. Ulu tu hujung,watu tu batu atau tanah...ini mengikut kata Joni yang menjadi supir kitorang hari tu.

Apa yang ada kat Uluwatu ni?Selain daripada Kecak Dance,Uluwatu ni jugak adalah salah satu tempat yang sangat cantik dan kita boleh menikmati sunset selain daripada Jimbaran. Sebelum aku terlupa, tips nak masuk ke sini ialah korang mesti simpan semua aksesori macam cermin mata hitam, makanan ringan even botol air pun kerana kat Uluwatu ni ada banyak monyet. Monyet ni plak jenis liar dan akan rampas barangan korang bila dia berkenan. Bila dia dah rampas, jangan haraplah nak dapat balik...huhuhu

Tapi masa kitorang masuk sini, si Joni dah bawak lastik siap2..so,kami follow belakang dia aje. Pengunjung yang datang sini tak digalakkan untuk memberi monyet makan. Adalah jugak aku jumpa monyet ni tapi bila nampak Joni tarik lastik aje,terus diorang lari...walaupun masa tu Joni tak letak batu pun kat lastik dia,kira macam acah2 ajelah sebenarnya. Ok,now layan pic yer...


nampak tak jambatan kat sana tu? nak datang ke tempat aku ambik pic ni,kena jalan kat situlah...agak jauh tapi excited.


bagi aku pic ni sangat cantik sebab background belakang awesome...angin kuat giler kat sini + nyaman sekali.


nampak kain purple yang kami duk lilit kat pinggang tu? Ni plak kira macam sejarah Uluwatu lah...


yang ni plak side kiri Uluwatu...penat wooo jalan + orang memang ramai. Cuba tengok air kat bawah tu, bersih n warna hijau lagi. Lepas dah bosan meraya,ambik gambar sampai full memory...kitorang pun ready pun untuk tengok Kecak Dance. Nak tengok Kecak Dance ni,korang kena bayar 100k rupiah bersamaan RM30 sorang. Kecak Dance ni akan dimulakan pada jam 6 petang. Persembahan ni ambik masa sejam.


inilah ruang nak tengok Kecak Dance. Tempat duduk dia macam ala2 stadium,pilihlah kat mana korang nak duduk..kitorang pilih seat kat sini sebabnya nak tengok sunset yang sebelah sana...memang awesome lah viewnya.


ni tarian dah bermula. Kalau dilihat secara umumnya, diorang ni macam sedang buat aktiviti penyembahan dan aku teringat ada seorang blogger cakap...bila tengok benda2 macam ni,banyakkan istifar banyak2 dalam hati. Yup,memang betul pun cakap blogger tu sebabnya dah lah buat waktu maghrib,jadinya macam nampak tak elok aje. Rasanya itu aje yang aku nak share tentang Kecak Dance...tarian ni takdelah membosankan sangat Barong,sebabnya?? Ada satu watak dalam cerita ni iaitu monyet putih yang akan naik di bahagian penonton...kiranya macam berdebar bila dia datang dekat,hahahahaha...upsss,monyet ni bukan monyet betul tapi orang yang pakai uniform monyet...hahahaha,tak leh blah dengan perkataan uniform tu.

11) Jimbaran
Haaa....kalau sebut aje Jimbaran,memang semua maklum tentang sunset dan romantic dinner. Yup,memang pun...kat sini memang awesome dengan sunset dan dinner. Seperti biasa, kat sini ada banyak restoran yang menyediakan dinner dan kebiasaannya supir dah deal ngan mana2 restoran untuk bawak pelancong datang. Kitorang sampai kat sini jam 6 petang,angin memang kuat sebab kebetulan kami depan meja yang betul2 mengadap laut. Sambil menunggu sunset,kami sempat menikmati jagung bakar yang memang awesome. Kenapa aku cakap awesome?Nah,aku tunjuk pic dulu bagi korang jeles...hahahaha


kenapa aku cakap jagung bakar ni best? Ok,korang pernah makan sate zaman kanak2 yang akan dibakar pastu dicelup ngan kuah pedas atau manis tu? Pernah makan kan? Haaa...jagung ni plak dibakar dengan kuah pedas atau manis tu lah. Kita boleh pilih sama ada nak pedas atau manis. Satu jagung ni rege dia 10k rupiah aje. Memang sedap sangat2 sampai rasa nak order 10..haaaa. Time ni hubby pilih kuah pedas ngan manis dicampur,rasanya lagi awesome kut.


nampak tak pak cik tu tengah bakar jagung?haaaa....ngan pak cik tu lah kitorang beli.


 alhamdulillah,diberikan peluang melihat sunset....


Dinner!! Ok,sebagaimana semua orang tahu dinner kat Jimbaran ni agak mahal. Tapi korang boleh pilih sama ada nak secara ala carte ataupun pakej. Yang kami pilih ni secara pakej..dia bagi nasi,pastu sepinggan seafood yang full sorang satu,sayur goreng,fries dan sedikit sambal. Air plak kami ambik jus buah tanpa ada bayaran tambahan sebabnya dah termasuk sekali dalam rege pakej. Kalau korang tak request air, dia hanya akan bagi air mineral aje..so,kenapa nak lepaskan peluang kan?hahahaha

Untuk keseluruhan dinner ni,kami spend around 1 juta rupiah bersamaan RM300. Yessss....memang mahal giler untuk makan malam berdua tapi sekali sekala beromantis di tepi pantai ngan cahaya2 kelam kan, why not kan...masa ni cakaplah I Lap U ke, U Lap Me ke...hahahaha

Dan nak tambah keromantisan lagi,ada benda ni haaaa datang depan meja...


Yup,kumpulan kugiran...masa ni diorang nyanyikan lagu Have I Told You Lately That I Love You by Rod Stewart. Memang touching habis time ni...hu3

Wuhuuuu,dahlah suara penyanyi kugiran ni best amat. Memang berbaloi makan kat sini dengan suasana yang lain sikit. Lepas aje diorang nyanyi,silalah bagi sedikit tips untuk suara tu yer. Rasanya itu ajelah yang aku nak share berkaitan Jimbaran ni. Sebelum habis bab ni,nak jugak aku letak pic berdua...ha3



12) Pantai Pandawa
Ok,ni tempat2 biasa yang aku rasa semua orang akan excited untuk pergi. Sebabnya air kat pantai ni sangat cantik,warna hijau dan sangat jernih. Nak masuk ke Pantai Pandawa still kena bayar walaupun ia hanyalah pantai. Sorang kena bayar 7500 rupiah sorang, lebih kurang RM2.50 aje...he3


Laluan masuk ke Pantai Pandawa ni dah macam ala2 masuk ke satu tempat yang lain. Sebabnya kiri kanan batu aje..mengikut Joni, tempat ni merupakan tempat mencari bijih timah...sebab tulah kiri kanan asyik batu aje. Kat sini memang ramai orang datang,nak mandi pun boleh...tapi time kitorang datang,takde plak rasa nak mandi sebabnya cuaca yang amat panas dan kitorang baru aje lepas main air kat Tanjung Benoa.


Cantik kan air dia?Kalau rasa nak ambik angin aje pun boleh...boleh duduk2 kat sini.


Upsss...sebelum korang nak duduk kat tempat yang best ni,silalah ingat bahawa segala benda di Bali ni berbayo...nak duduk kat sini kena bayar 50k rupiah lebih kurang RM17. Masa ni kitorang tak duduk pun,just ambik gambar aje banyak2...he3


13) Pantai Kuta
Pantai Kuta ni terletak di Legian. Kitorang tak g jenguk pun walaupun dekat aje ngan hotel kitorang sebabnya tak nak buat dosa mata...hahahaha,kat Pantai Kuta ni aku tak pasti ada dikenakan bayaran atau tak. Kenapa kitorang tak nak buat dosa mata?Kat sinilah port mat dan minah salleh berjemur dengan pakaian,separuh pakaian ataupun tanpa pakaian.

Yay!!!! Dah settle story pasal semua tempat2 menarik kat Bali,now we go to tempat makan plak...part yang paling best!

Tempat Makan

1) Ayam Tulang Lunak Malioboro
Rasanya semua orang tahu pasal tempat makan ni. Ayam kat sini semuanya melting..bayangkan tulang ayam yang selalu kita tinggalkan bila makan ayam tu kan lembut yang amat. Kiranya kalau makan,memang boleh makan sekali ngan tulang2. First time kitorang makan kat sini masa mula2 sampai kat Bali. Harga kat kedai makan ni standard lah. Menu yang patut korang try kat Malioboro ni seharusnya Ayam Goreng Crispy (rasa yang teramat crunchy), Ikan Gurami Terbang (sodap sesangat).. kitorang mula2 sampai ambik menu ni.


Disebabkan rasa sedap kat Malioboro ni,makanya sebelum kitorang fly balik,kitorang mintakkan Ariff hantar kitorang makan sekali lagi.Dan ini menu untuk kali kedua makan kat sini.


Suasana kat sini ok aje,cumanya orang memang ramai sesangat.


2) Nasi Padang
Disebabkan kat Bali ni memang majoriti orang Hindu,makanya nak cari makanan agak susah. Jadinya cara yang paling selamat untuk mendapatkan makanan halal ialah makan nasi padang aje. Ada banyak jugak menyediakan nasi padang ni dan mengikut kata si Joni insyallah nasi padang sememangnya halal di Bali. Masa kitorang makan nasi padang,lupa plak nak ambik gambarnya. Hasil makan untuk 3 orang,harganya 93k rupiah,lebih kurang RM28-RM30..boleh tahan jugaklah nasi padang kedai yang Joni bawak ni.

3) Ayam Bertutu
Masa mula2 sampai Bali,memang banyak sangat signboard ayam bertutu yang kami nampak. Disebabkan Bali ni memang diketahui sebagai tempat Hindu,so takdelah kami excited nak cuba...tapi bila aje si Ariff cakap,nasi bertutu ni halal dan boleh dimakan...tapinya kena pilih kedai yang betul lah. So,kitorang pun apa lagi,terus cuba lah...ni gambar nasi ayam bertutu.


Rasa nasi ayam bertutu ni pedas dan dia ada banyak kuah. Sedap jugak bila dimakan time lapar..he3,harga nasi ayam bertutu yang kitorang beli ni ialah 37k rupiah,around RM13.

4) Nasi Ayam Penyet
Ok,yang ni memang serius sangat2 sedap. Gerai nasi ayam penyet ni terletak kat tepi jalan aje berhampiran hotel aku stay. Tapi dun worry sebabnya gerai ni gerai muslim dan 100% halal. Harga nasi ayam penyet ni 15k rupiah...rasa dia?awesome walaupun pedas sampai meleleh2 air hidung aku keluar...ha4

5) Restoran Kintamani
Restoran ni terletak di Kintamani iaitu di Gunung Batur. Memang best dapat makan kat sini. Sambil makan dapat tengok pemandangan cantik. Tengok pemandangan di hadapan kedai ni.


Cantikkan? Tapi sebelum korang nak masuk sini,korang kena meredah sekumpulan penjual yang sibuk menjual pelbagai barang,as usual abaikan aje.

Kintamani Restoran ni menyediakan makanan secara buffet dan sorang dikehendaki membayar 141k rupiah,lingkungan RM40 lebih. Agak mahal tapi makanan sangat sedap. Ni plak bahagian dalam kedai..


Nampak mewahkan? Kat dalam ni ada pelbagai jenis makanan....sate,western dan macam2 lagi.

Rasanya setakat itulah yang aku nak share,giler lama berkurun baru dapat publish.

Jumpa lagi,wassalam








0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in