Percutian Berdua Yang Menarik??Jom Ke.....

Sunday, October 19, 2014

Assalamualaikum...
Masyaallah,lamanya tak buka blog atau update apa2 kat sini.Memang sangat terbiar akibat kekangan masa dan tanggungjawab yang telah bertambah...wink3

Ok,kali ni entry ni diupdate untuk share pengalaman sendiri bercuti baru2 ni.Actually boleh dikatakan this is our first honeymoon together + surprise bufday yang aku sediakan untuk hubby sejak sekian lama. So,let me story first k..amaran awal nak diberikan ialah entry ni memang panjang berjela.

Ok,sebenarnya short honeymoon vacay ni aku dah prepare since March lagi k..masa tu,dah fikir apa aku nak buat untuk bufday hubby sebabnya time bufday hubby,weolls dah got married.So,fikir punya fikir and aku memang sukakan percutian,makanya aku decide untuk memilih Grand Lexis,Port Dickson as our first place for honeymoon. Hubby memang tak tahu tentang benda ni sebabnya aku plan sesorang aje and guess what aku berjaya rahsiakan vacay ni sampailah hari kitorang nak g bercuti,perghhh salute kat diri sendiri sebabnya aku memang terkenal ngan sikap tak boleh berahsia satu apa pun daripada hubby since bercintan cintun lagi...hik3

Ok,macam mana cara aku booking?Actually,Grand Lexis ni bagi aku memang terkenal as percutian idaman lah kekononnya including me.Jadinya aku book bilik from website diorang..ni linknya yer,


Kebetulan masa tu diorang ada buat promo untuk newly bird,harganya pun quite ok lah..so,aku pun book lelaju and terus buat pembayaran thru on9 transfer aje. Masa tu memang rasa sangat teruja,sebabnya di sini,we got our own private pool!! Untuk insan macam aku yang tak tahu berenang ni,memanglah sangat excited kan.Ok,after done booking segala tu,memang boleh dikatakan setiap minggu jugak aku duk ushar laman web Grand Lexis ni,yelah....tak sabar rasanya nak poi sana. Opps,sebelum aku terlupa...ada ketikanya Grand Lexis ni buat harga untuk matta fair jugak tau,so memang berbaloi2 kalau dapat harga matta fair...selain tu kalau nak dapat harga ok jugak,boleh  buat booking dengan laman web Booking.com sebabnya hari tu aku tengok harga pun cun aje.

Aku sambung cerita lagi..untuk vacay ni,aku pilih tarikh 13-15 September hari tu untuk momen indah ni. Yelah masa tu cuti sekolah,so takde masalah bagi aku dan hubby nak kemana-mana. Walaupun bufday hubby 6/9 tapi aku dah bagitau dia siap2,hadiahnya dapat lewat seminggu...nasib baik hubby memahami gitu..errr,aku rasa maybe dia dah dapat teka,hahahaha

Ok,belanja pic sekeping....


inilah view separuh dari Grand Lexis ni...

Ok,untuk pengetahuan korang yang mungkin bakal bercuti ke sini,masa cek in dia pukul 4 petang tau dan masa cek out pukul 12 tengahari. Disebabkan masa cek in dia yang lewat tu lah,maka terhasilnya pic macam ni..


yelah,kitorang sampai awal tapi tak dapat cek in lagi,makanya menunggu lah..tapi tapi tapi nasib baik resort ni awesome,maklumlah 5 bintang katakan,staff pun memang mesra dan sangat membantu...hu3,kitorang dapat cek in ari tu pun pukul 3:30 pm,kira oklah kan?

Next story,lepas dapat cek in bilik,we choose Deluxe Pool Villa...kami terus dibawa ke bilik,actually ianya bukan bilik tapi ala-ala villa. Nak ke bilik bukan jalan kaki tau sebabnya ianya agak jauh,so kami dibawa dengan menaiki buggy..alah,kereta macam kat padang golf tu..wahhhh,sangat romantik howkay!!suka sesangat...

Bila dah sampai bilik,benda pertama yang kami cari especially hubby ialah pool!!Guess what....ianya sangat cantik dan arghhh rasa tak sabar nak terjun...


ni dari view our bedroom...boleh nampak ada pintu belah kanan hujung tu?itu pintu ke bilik air,so dah basah2 mandi tu kan...tak perlulah masuk bedroom,terus masuk ke bilik ayor terus...uppps,sepanjang honeymoon ni masa kitorang lebih banyak dalam kolam aje...seronok woooo main air.

Selain daripada korang ada private pool sendiri kat sini,dalam bilik ada underneath glass panel jugak tau,nak tau macam mana?see this pic...




haaaa...nampak tu?itulah glass panel...boleh tengok air kat bawah bila air pasang,kalau waktu petang...nampak pasir ajelah sebab air dah surut. Tapi tapi tapi kalau malam serius cantik tau...oppss,villa kitorang ni memang berada di atas air,sebab tu kami boleh tengok air kat bawah..ohsemm kan?

Selain tu,dalam bilik jugak menyediakan kemudahan wifi...satu bilik satu wifi kut,ada dapur mini yang menyediakan segala keperluan,peti pun ada tau...seterika??of course ada,siap ngan ironing board lagi.Untuk insan seperti aku yang tak boleh travel tanpa iron,inilah benda pertama aku cek masa nak book hari tu.


comel kan cara dia menyusun teh,gula dan segala ni...rasa macam nak bawak balik aje time ni tau..he3
Ok,dah habis cerita apa yang ada kat bilik..sekarang aku nak story,apa aktiviti yang korang boleh buat pulak.

Untuk aktiviti,macam-macam benda boleh buat kat sini tau..untuk hari pertama kitorang kat sini,aku ngan hubby berjalan kaki aje.Best sesangat dapat menikmati keindahan resort ni,sebab resort ni berada di atas air...boleh nampak jugak kapal lalu kat tengah-tengah laut,sambil2 tu bolehlah merapatkan silaturahim antara suami isteri,cerita itu ini. Angin petang memang mendamaikan dan jiwa rasa tenang aje..selain tu,esoknya pulak pepagi buta,kami berbasikal. Wahhh....memang syok habis,perkhidmatan berbasikal ni dibuka start pukul 8 pagi sampai petang setiap hari. Bayarannya cuma RM10 selama sejam bagi setiap individu.So kami memilih basikal untuk 2 orang,dah lama teringin...kali ni baru aku berjaya naik..


boleh nampak tak helmet untuk basikal tu?hahaha...itu memang diberi tapi kami buat perhiasan aje sebab encik hubby kata,habis rosak rambut dia kalau pakai benda alah tu...hahaha,aku plak tak nak rosakkan muncung tudung yang sangat penting untuk aku,maka both of us memang tak pakai lah.
Ok,kalau korang tak nak naik basikal,korang boleh cuba naik KMX...nak tau apa benda ni?


inilah bendanya...best kan?Sebenarnya kat sini ada MACAM-MACAAAAAAAAAAAAAM aktiviti lagi yang boleh korang try..memanah,tenis,hoki,gym,bola pantai,sumo,snooker dan ntah apa-apa lagi,memang sangat berbaloi-baloi ngan harga yang kita bayar. Senang cerita,korang ushar ajelah laman web dia,macam-macam benda boleh buat.Senang cerita,bila datang sini,korang tak kan rasa nak keluar pun sebabnya banyak benda boleh buat.

Makanan?Ok untuk breakfast,tak perlu bimbang sebab disediakan if korang book pakej include breakfast lah. Untuk breakfast,masyaallah...memang syurga makanan betul.Dari masakan melayu,cina,india and western semua ada..pilih ajelah nak makan apa,ruang makan plak luas kut...bayangkan kitorang breakfast paling cepat kitorang siap selepas sejam setengah,haaaaaa....so no wonderlah kan kenapa kitorang dah berisi sekarang,hehehe....untuk waktu lunch dan dinner plak,korang boleh memilih pelbagai restoran makan dalam ni tapi kitorang memilih untuk menikmati masakan di tepi pantai Port Dickson ni...dua malam kut pekena ikan bakar,memang meletup habis..


ok menu pilihan yang awesome boleh dinikmati di Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson. Harga pun ok untuk makanan yang sodap bonar aihh.

Rasanya itu ajelah yang aku nak share tentang lokasi honeymoon dalam Malaysia yang dah lama menjadi idaman aku ni. Alhamdulillah,dimurahkan rezeki untuk menikmati semua keindahan ini. So,kepada korang semua yang sedang berfikir-fikir nak bercuti ke mana,why not try Grand Lexis ni,resort 5 star yang menyediakan segala-galanya. Untuk family sangat-sangatlah sesuai dan untuk honeymoon pun sangat-sangatlah dicadangkan. Nampak tak keseriusan aku tu..

Actually,aku sediakan entry ni sebab ramai kawan yang bertanya lokasi ni dan ramai jugak yang baru tahu kewujudan tempat yang awesome ni. Moga-moga dapat memberikan sedikit input kepada korang yang membaca. Ehhh...lupa plak,kalau yang suka makan aiskrim..petang-petang ada orang jual aiskrim lalu depan bilik tau..siap bunyi kling kling kling agi loceng dia.


Gaya orang tunggu aiskrim depan bilik lalu...hahahaha,sila abaikan kalau sangat annoying.

Kalau ikutkan hati aku,segala benda nak tulis kat sini...tapi takut menyampah plak orang baca banyak-banyak,maka itu saja yang dapat aku share ngan korang..haaaa,satu benda agi lupa nak cakap,kalau korang nak cek out lewat dari kul 12 tengahari,ketahuilah korang kad akses korang dah tak berfungsi lagi tau. Dan yang bestnya,kat sini kalau korang cek out awal 2 jam dari masa sepatutnya,akan diberikan hamper dan sedikit cenderamata,kalau cek out awal 1 jam dapat cenderamata aje...bestkan? Bercuti tapi dapat hadiah..tapi masa tu encik hubby tak nak layan hadiah tu semua sebab dia cakap nak habiskan masa ngan kolam renang dia...hahahahaha

Sampai sini ajelah coretan entry berjela aku kali ni,entry bulan lepas tapi baru nak publish bulan ni..hahaha,suka sangat peram entry kan?Last pic kami before cek out...actually masa ni tengah menunggu si buggy datang. Sekian,wassalam.


~ rasa sangat best bila hubby cakap after ada anak nanti,nak datang sini lagi..yihaaaaa~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in