New Look For My Pusat Sumber 2014

Wednesday, January 22, 2014

Assalamualaikum...
Dapat jugak aku mengupdate entry yang aku rasa sangat-sangat tak sabar nak share kat sini. Sebenarnya,entry ini adalah khas kepada mereka yang diberikan tugas untuk menjadi penyelaras kepada bilik-bilik khas di sekolah. Macam aku,dulu mula-mula datang ke sekolah ni,aku diberikan tugas sebagai penyelaras Pusat Sumber sekolah,memang agak terkejut tapi take it as a challenge..Sekarang dah tahun 2014,maknanya dah 3 tahun aku mengendalikan pusat sumber ni. Diakui aku sangat naif dalam cara pentadbiran dan pengurusan pusat sumber tapi aku berusaha mencari idea dan ilmu daripada buku dan bertanya kepada insan-insan yang aku rasakan dapat membantu. Alhamdulillah,aku gembira dengan pusat sumber aku sekarang.

Tahun ni memang dah menjadi azam aku untuk fokus sepenuhnya kepada pusat sumber sekolah sebab tahun lepas aku fokus pada kelas Tahun 6. So,banyak perkara yang aku dah update kat pusat sumber sekolah. Pertama yang aku ubah ialah buku NILAM. Aku order buku NILAM versi baru keluaran Yayasan Guru Malaysia.Harganya cuma RM4.30 sahaja bagi Sabah dan Sarawak untuk tahap 1 dan tahap 2. Buku ni lebih friendly bagi aku sebab mudah untuk murid menulis apa yang dah mereka baca.Nak tahu bukunya macam mana?Let me show you..


Alhamdulillah,setakat hari ni penggunaan buku ni berjalan dengan baik sebab beberapa program baru anjuran pusat sumber dah mula dijalankan. Semangat giler nih...hahahah
Ok,tu perkara pertama yang aku ubah berkaitan pusat sumber aku. Kedua yang aku buat ialah penggunaan kad pinjaman perpustakaan. Kalau sebelum ni,sekolah aku ni menggunakan sistem pinjaman secara pukal. Pada mulanya,aku memang tak faham cara tu tapi rupa-rupanya memang ia merupakan salah satu cara pinjaman di pusat sumber and honestly aku memang tak suka dengan pinjaman cara pukal ni. Sebab apa? Satunya ialah buku tersangat banyak yang hilang..yelah,korang bayangkan buku-buku dari pusat sumber akan dibawa ke setiap kelas dalam bakul then diletakkan kat situ tanpa had masa.Dahlah kadang-kadang takde rekod buku apa yang keluar dari pusat sumber,dah tu bila budak baca,diorang suka bawak balik rumah.Dah namanya bawak balik rumah,confirm2 lah jadi harta peribadi kan?Tu yang buku makin berkurang.Dah tu,bila dah buku lama-lama kat kelas diorang,kes conteng-menconteng pun bermula.Memang sesuka hati budak ajelah nak buat macam mana kat buku tu sebab takde pemantauan. So,tahun ni aku tukar sistem supaya budak lebih bertanggungjawab.
Pada mulanya,aku ingat nak tempah or order kad pinjaman tapi memandangkan sekarang ni majoriti semua sekolah dah menggunakan sistem barkod,so memang takdelah kedai yang buat kad pinjaman jenis lama tu kan?So,aku decide berD.I.Y ajelah.Lagipun bukan susah sangat,budak pun tak ramai.Makanya,inilah hasil kad pinjaman yang aku buat sendiri...


Untuk Tahap 2,aku buat kad warna kuning..untuk Tahap 1 plak aku buat warna biru. Kad ni aku print atas kertas warna yang keras sikit then laminate. So far oklah.Kad pinjaman ni sekarang memang hot sebab hari-hari pusat sumber aku penuh dengan kehadiran murid-murid nak pinjam buku. Yelah,buku-buku tak boleh dibawak keluar sesuka hati lagi,so diorang kena pinjam buku sendiri menggunakan kad ni. Kad ni bagi aku mengajar murid lebih bertanggungjawab. Opss,sebelum tu..minggu lepas aku dah buat bengkel untuk Tahap 1 dan Tahap 2 berkaitan cara menulis buku NILAM dan cara menggunakan kad ni. Sebaik-baiknya,sebagai GPM korang kena explain dulu kat budak-budak bagi diorang faham. And jangan lupa selitkan sedikit ugutan agar diorang tak sesuka hati nak buat perkara pelik-pelik,hahahahaha. Macam aku,aku cakap kat pusat sumber tu ada CCTV,so semua perbuatan diorang aku nampak. Dengan cara ni,budak lebih behave..hahaha,lepas tu aku cakap jugak,kalau sesiapa yang hilangkan/rosakkan kad ni,diorang kena bayar RM50 baru aku buat yang baru. Setakat sekarang,semua kad terjaga dengan baik..itulah pentingnya sedikit ugutan..^___________^

Satu perkara lagi yang aku buat jugak tahun ni dengan aim nak naikkan kuantiti bilangan buku yang dibaca oleh murid ialah bergabung dengan program yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia.Untuk pengetahuan korang, sekolah aku ni terlalu banyak program pagi2..yelah,budak2 kul 6.30 pagi dah tercongok kat sekolah,daripada diorang buat bising...makanya haruslah pagi2 diorang dhiasi dengan pelbagai program kan?hahaha...so,setiap hari Selasa dari jam 6.45 pagi sampailah kul 7 pagi,budak-budak aku akan mula membaca buku yang dibawa oleh pengawas pusat sumber ke kelas mereka dan akan dipantau oleh pengawas tu sendiri. Tahun ni,aku dah briefing pengawas pusat sumber aku kaw-kaw punya,as usual tak buat keje,aku pecat aje...so far,semua menjalankan tugas dengan baik sekarang. Diharapkan program pagi ni dapat membantu lah kualiti NILAM di sekolah aku.Quite penat tapi itu memang azam aku tahun ni. Sebenarnya dulu program ni dah ada tapi tak tahulah kenapa,tetiba hilang..

Last perkara yang aku nak share ialah hiasan di pusat sumber. Untuk insan yang bergelar GPM (guru perpustakaan & media),kat pusat sumber perlu ada bermacam-macam sudut. Yelah,dah namanya pusat sumber kan,kenalah ada macam-macam sudut untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu murid-murid. Seriously,after 3 tahun..aku berjaya menceriakan pusat sumber aku. Masa mula-mula aku take over pusat sumber ni dulu,suasana dan susun atur pusat sumber agak teruk dan banyak sangat anai-anai. Aku sendiri time tu tak suka dengan keadaannya. Tapi tahun demi tahun,aku berusaha sikit demi sikit untuk menceriakan pusat sumber walaupun masa tu ada banyak mulut yang bercakap-cakap tentang aku. Ada yang cakap,aku ni bercakap aje lebih..setakat tampal-tampal kat pusat sumber,semua orang boleh buat.Tapi orang tu takde plak tolong menampalnya,setakat bercakap ajelah.
Tapi aku sentiasa pekakkan telinga walaupun kadang-kadang berdarah jugak hati. Sebab memang orang suka dengki ngan kita kan? So kepada mereka yang baru aje pegang jawatan ni,jangan berputus asa ok kalau tengok pusat sumber korang agak teruk.Mulakan dari sikit dan usahalah walaupun aku amat faham kerja sebagai guru sangat menimbun-nimbun. Aku percaya dengan kata-kata "kejayaan dimulakan dengan langkah yang pertama".

Oklah,setelah hampir 3 minggu lebih sejak sekolah dibuka tahun ni aku berusaha keras menceriakan pusat sumber sebabnya aku baru aje menerima rak-rak baru yang dibuat oleh ibu bapa.Alhamdulillah,more better lah...puas bertukang,gunting-gunting,tampal-tampal,gantung-gantung,panjat-panjat,susun-susun dan segala-galanya lah,akhirnya aku berpuas hati dengan hasilnya. Untuk bunga dan keceriaan plak,aku keluarkan duit poket sendiri untuk tengok apa yang aku inginkan..tak salah berkorban untuk kebaikan kan?Walaupun pusat sumber aku ni hanya sekangkang kera tapi kurang-kurang ia boleh memberi ilmu tambahan kepada murid selain daripada guru..so,biar aku tepek kan aje gambarnya sekarang..tapi janganlah bayangkan yang over sebab aku buat keje sorang-sorang,buat yang terdaya aku ajelah...hahahahaha


ni lah pusat sumber aku,kecik aje..semuanya hasil air tangan aku,hahahaha...tekan lif naik sendiri nampak.Side kanan tu,kaunter pinjaman...big books tu aku baru aje gantung hari tu,semangat betul.


yang rak warna coklat tinggi itulah rak baru,belakang dia ada 2 rak lagi...kalau korang nampak rak hijau kat belakang tu,tu dah side bilik ABM tau...kiranya ruangan aku sampai kat banner tu aje.So kecik kan?Sebab tu takde banyak sudut yang boleh dibuat...apapun sekarang,aku masih dalam proses nak upgrade lagi pusat sumber ni..rak belah kiri yang warna coklat yang nampak sikit aje ni ialah rak pendidikan islam ngan sudut majalah..banyak jugak buku-buku agama Islam kat pusat sumber aku ni,yelah sekolah aku ada 5 orang aje budak yang beragama Islam..paling best,tahun ni sekolah aku dah dibekalkan ngan Al-Quran dan Iqra..alhamdulillah sangat2.


ni plak sudut motivasi,opss meja jepun tu originally made by me howkay...hahaha


yang ni pulak sudut uji minda,masa aku ambik gambar ni,aku belum tampal lagi gambar uji minda tu..kat bahagian bawah tu pulak,aku pastekan senarai nama penerima Anugerah NILAM...sebabnya tahun lepas,masa sekolah aku dicalonkan untuk sekolah kluster,nazir yang datang tanya..ada ke pusat sumber tampal senarai nama penerima Anugerah NILAM,tu yang tahun ni aku baru terhegeh-hegeh nak buat...hu3


ni plak rak kerja pusat sumber aku,dah habis susun sebaik mungkin tapi nampak macam bersepah kan?what heverlah...hahahaha,satu perkara yang aku buat khas untuk pusat sumber ni ialah...


bunga ni aku gubah sendiri tau,memanglah nampak keamaturannya kan?tapi puas hati sebab pasu,bunga dan aksesori aku pilih sendiri. Dah ada bakat dah seposen dua nak menggubah ni...hehehe


ni plak rak kecik aku untuk letakkan kad-kad pinjaman buku. Rak biru untuk Tahap 1 sebabnya kad diorang kan warna biru dan rak kuning untuk Tahap 2 sebab kad diorang warna kuning. Aku beli rak ni ikut warna kad untuk mudahkan my pengawas PSS untuk buat keje...korang boleh nampak kan kad-kad comel ada dalam tu,tu maknanya sistem pinjaman aku telah berjalan. Tapi paling bestkan,aku paling suka benda ni...


aku rasa pokok bonsai ni comel...sebabnya ada sarang burung kecik kat atas dia,sebenarnya sarang burung tu dijual berasingan tapi aku rasa comel..tu yang aku beli.Pastu letak atas pokok bonsai ni...kalau masuk pusat sumber,benda ni yang pertama aku akan tengok...bagi aku,sweet sangat.

Ok,aku rasa dah habis aku review apa yang aku dah buat almost a month ni untuk pusat sumber aku. Kepada guru-guru baru memegang jawatan GPM ni,harap bersabar dan tabah. Yang penting jadikan bilik yang di amanahkan tu macam bilik kita sendiri atau lebih mudah rumah kita sendiri. Sebab aku sukakan benda yang cantik dan comel,tu yang aku suka menghias. Dan aku bersyukur,walaupun bilik ni kecil,kurang-kurang aku ada tempat meluahkan idea kreatif yang ada dalam kepala aku ni..semoga apa yang aku sharekan kat sini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada insan yang sudi membaca. Kalau ada nak tanya apa-apa atau nak mintak apa-apa kat aku yang berkaitan pusat sumber,just leave your comment yer...sekian dulu daripada aku,nak sambung kerja lain.Actually,dalam kepala aku ada satu benda agi aku nak share...nanti aku update yer..wassalam.

~ ada orang kata blogger ni adalah insan yang suka syok sendiri atau jaja cerita peribadi..hurmmm,bagi aku depends atas nawaitu blogger tu sendiri...aku menulis untuk berkongsi dan juga sebagai kenangan peribadi aku sebab kadang-kadang aku suka baca semula entry2 lama just to flashback my memories~

Flashback Memori Praktikum

Friday, January 17, 2014

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,diberikan kekuatan untuk menulis di hari Jumaat yang barakah ini. Sebenarnya baru je membaca entry sekolah rakan blogger yang juga rakan baik aku masa sekolah menengah dulu.Pertamanya,aku nak mintak maaf kepada semua pembaca yang mengikuti blog aku ni sekiranya entry-entry aku yang lepas ada yang menyinggung atau maybe ada yang aku kenal dan kebetulan entry tu ditulis untuk meluahkan rasa tidak puas hati aku kepada orang tu,aku mintak maaf sekali lagi. Takde manusia yang sempurna kan? Segala apa yang aku tulis dalam blog ni semuanya jujur keluar daripada hati aku sendiri,yelah aku tak suka nak berdalih lebih-lebih lagi bila aku menjadikan blog ni sebagai medium luahan perasaan atau apa2 yang aku rasa nak kongsi. Aku tahu ada yang menggunakan blog aku ni untuk mengintip aku...but I dont want to say you as a a stalker. Maybe I have something that you want to know deeply,hahaha...I guess lah, :-P
Cumanya aku tak suka orang yang bersikap talam pada aku,mana ada orang suka insan yang bersikap hipokrit kan?Aku tak bercakap tentang sesiapa tapi secara general aje..Oklah,hari ni aku nak share satu kisah ngan korang. Idea ni aku dapat masa duk termenung atas sejadah lepas sembahyang tadi.

Kisahnya macam ni,masa tu aku masih study kat IPG,kalau tak silap tahun keempat time tu.Masa tu aku ngan member,Roza dalam kelas Matematik,serius aku tak ingat subjek apa.Tetiba ada seorang pelajar datang ketuk pintu kelas kitorang,dia cakap Ketua Jabatan Unit Praktikum nak jumpa kitorang berdua.Masa tu semua orang tertanya-tanya apsal kitorang dipanggil,yelah...biasanya kalau kena panggil ni,adalah prob yang dibuatnya.Masa tu serius aku berdebar,kitorang duk tertanya sesama sendiri kenapa kitorang dipanggil.Tangan masa tu agak menggeletar kut,hu3..then,bila kitorang sampai aje kat depan pintu unit praktikum tu,kitorang ketuklah pintu dan dibenarkan masuk.Masa tu muka Ketua Jabatan Unit Praktikum tu garang giler,walaupun dia ustaz dan memakai kopiah sepanjang masa tapi muka time tu sangat2 aku ingat.Aku masih ingat soalan pertama yang dia tanya kat kitorang

"sebenarnya apa yang awak berdua dah buat kat sekolah masa praktikum hari tu?baik awak berdua berterus-terang dengan saya."

masa tu kan serius satu tubuh menggeletar dengan peluh menjejeh2 keluar dari badan walaupun pejabat ustaz tu beraircond...hu3,tak cukup mulut,kaki & tangan kitorang duk bercerita apa yang kitorang buat.puas otak fikir apa kesalahan yang kami buat tanpa disedari...rasanya kitorang tak pernah ponteng praktikum,kul 6.45 pagi dah terpacak kat sekolah setiap hari,balik pulak pukul 4 petang...ohh,apa lagi agaknya yang otak aku terlupa ek?setelah hampir 10 minit kitorang duk citer itu ini sambil ustaz tu duk salin atas kertas dia apa yang kitorang buat + muka yang serius,akhirnya ustaz tu berkata begini kepada kami

"saya sebenarnya tahu awak berdua takde buat salah apa-apa.saya sengaja aje usik awak tadi.sebenarnya saya nak bagitau,sekolah awak praktikum kirimkan hadiah untuk awak berdua melalui saya...tu haa,gi lah ambik"

masa tu kan,aku rasa nak bagi sedebuk kat ustaz tu sebab buatkan kitorang tak bernafas selama 10 minit.serius sejuk habis satu badan.Lepas tu,ustaz tu ceritalah yang dia cakap sekolah praktikum kitorang puji macam2 pasal kitorang.Aku ngan member tak berapa nak dengar dah sebab duk teruja nak gi ambik hadiah kitorang,dahlah duduk dalam paper bag yang besar,teruja gitu...hehehe,nak tahu apa yang kami dapat?Benda yang sama cuma warna aje berbeza..


Alhamdulillah,suka sangat sebab masa tu aku memang berhajat nak beli sejadah baru,tetiba Allah dah bagi rezeki kan?Sejadah ni aku guna sampai sekarang,sebab tu aku dapat idea nak share kisah ni..yelah kan dah cakap tadi,duk termenung atas sejadah.Apapun,pengalaman praktikum aku kat sekolah ni memang awesome,guru-guru dia yang sangat baik,friendly walaupun cikgu-cikgu lama...berbeza ngan cikgu sekarang,baru mengajar 4-5 tahun dah berlagak otai,hahahaha...opss,terkutuk plak..sorry again.Pengalaman kat sekolah ni the best pengalaman ever lah bagi aku...kalau ada yang nak tahu sekolah mana yang aku praktikum ni,sekolahnya bernama Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan,Kota Bharu,Kelantan..dari atas sampai cleaner,semua best.Thanks to them yang terlalu banyak bantu kitorang dari praktikum 2,3 dan internship.Sampai sekarang aku masih contact ngan cikgu-cikgu & anak-anak murid aku kat situ.

Rasanya sampai sini sahaja nukilah aku untuk hari ni,esok-esok aku update lagi bila berkesempatan yer.Maafkan sekali lagi sekiranya ada yang terluka dan diingatkan jugak aku hanya bersikap jujur dalam menulis..sekian,wassalam.

~Ramai yang duk bertanya aku,bila nak kahwin?Insyallah masanya akan sampai tak lama lagi ok??Wait k...^_______________^~



Fast Update Untuk Aktifkan Blog

Wednesday, January 15, 2014

Assalamualaikum
Wahhh,lama giler aku tak update apa-apa kat sini.Rasa macam dah tinggal terus blog aku.Bukannya apa,aku terlampau sibuk.Sebenarnya lepas aje aku balik dari bercuti hari tu,aku memang full dengan aktiviti sampai demam sebab terlalu banyak berjalan.
Masuk tahun baru,terus sibuk ngan kerja-kerja kat sekolah yang menimbun.Apatah lagi,pusat sumber sekolah aku ni baru aje menerima rak baru,so memang tunggang terbalik lah dalamnya,nasib baik ada budak yang sanggup membantu.Apapun,dua minggu mengemas pusat sumber..alhamdulillah,ia berjaya dikemaskan.
Nantilah aku update kisah pusat sumber ni.Opps,sebenarnya ada 2 entry terendam dalam blog yang belum dipublish sebab ak takde masa nak cari idea nak menulis.Ni pun sekadar nak aktifkan blog aje..kepada insan yang suka stalk aku tu,nanti aku update kan citer terbaru ek?hehehe

Wassalam.

~tahun 2014 adalah tahun yang menguji ketahan fizikal dan mental aku sebab aku sedang menguruskan sesuatu yang besar~

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in