Journey To Johor,Unplan Trip

Wednesday, December 04, 2013

Assalamualaikum semua yang membaca,
Alhamdulillah setelah berkurun berabad tak update apa2 kat sini,akhirnya aku kembali menaip sesuatu untuk tatapan diri sendiri dan juga pembaca blog aku ni..hehehe
ok,sebenarnya dalam blog aku ni,ada 2 entry yang diperam tapi x sempat nak publish,asyik sekerat jalan aje tulisnya..mana nak publish kan?

so,kali ni aku nak share trip unplan aku ke Johor. Yes,maybe ada yang cakap..alahai buat apa g Johor,nothing pun..tapi kalau kita tengok dengan mata hati mesti we got something!!So,start ari Khamis last week,aku ke Johor ngan my bff Roza..kitorang naik bas aje,sebabnya dah bosan naik flight + terlalu rindu nak naik bas..memang awesome walaupun aku tunggu bas dari jam 11 malam sampai 1 pagi baru nak muncul bas ke Johor tu,nasib baik ada En.Fiance yang sentiasa setia meneman aku kat stesen bas...mekasih En.Fiance...^____^

then,setelah penuh pancaroba mengharungi perjalanan sampai ke Johor tu,yelah basnya masuk Johor pastu pas hantar penumpang sampai ke Segamat then terus masuk Melaka,pastu baru masuk Muar balik...dahlah masa sampai kat Muar tu kena tukar bas,setengah jam tunggu tapi kitorang masih sabar..dahlah masa tu dah pukul 9 lebih,ngan belum mandinya lagi + perut asyik buat muzik rock aje,then baru bas datang dan gerak ke Batu Pahat...masa sampai ke Batu Pahat tu,tepat jam 12 tengahari howkay...lama betul berperam dalam bas,maklum r nak sangat naik bas kan,konon rindu...huk3 (lepas ni confirm aku tak rindu lagi,hik3).
Sesampai aje kat sini,my another bff Fatin dah sedia untuk pick up kitorang,n terus aje dibawanya kami ke Restoran Batu Pahat Nasi Briyani...perghhh,dah lah masa tu perut lapar giler,pastu dapat plak makan nasi briyani gam kambing,tangkap leleh kut...memang sedap nak mati lah,nanti korang boleh try k..

Then,esoknya 30hb iaitu ari Sabtu,barulah kitorang bersiap sedia nak g kenduri one of our classmates masa kat IPG dulu iaitu Al...rumah Al ni kat Labis,so sebelum ke rumah Al ni,kami singgah dulu ke rumah member satu batch masa study dulu,kebetulan kendurinya pun hari tu jugak...so,makan nasi briyani gam lagi time ni,memang aku pulun habislah...seronok tengok majlis perkahwinan di Johor sebabnya ada penyanyi yang duk menyanyi,makanan penuh meja n kalau kita siap makan,ada orang yang tolong angkatkan pinggan...alahai,kenapalah dia tak tolong basuhkan tangan sekali kan?baru seronok + jelas terserlah kemalasan kat situ..hehehe

After settle majlis kat Pontian tu (Fatin tinggal kat Pontian),barulah kami bergerak ke Labis plak...ok,time ni seriously agak bosan sebab guna highway n kiri kanan hanya nampak kelapa sawit semata2!!Tapi aku layankan perasaan ajelah...after a few hours,akhirnya kami sampai ke kenduri Al...sekali lagi,nasi briyani gam in the house ok..after makan2,of courselah sesi ambik pic kan,so aku paste kan seketul dua kat sini,ngeh3

inilah Al dan isterinya,Farhana...sweet aje.


ini plak aku dan kengkawan masa study,dah lama tak jumpa semua..he3

ok,selepas aje selesai majlis Al ni,aku ngan geng (tak termasuk budak lelaki) terus bergerak ke Ayer Hitam,kat sini memang rasa macam semua nak...yelah,karpet,bear segala benda ada dengan harga yang amat berpatutan plak tu..mana tak sawan kan?lagi2 macam aku ni,seorang yang sangat suka dengan perkataan sopink...hahahaha,as usual,abadikan kenangan dulu di Ayer Hitam...


ohh,abaikanlah muka kembong aku tu sebab masa ni dah lewat petang,so muka pun ntah hape2...yess,thats Roza...


ini plak antara barang-barang yang dijual kat Ayer Hitam,segala benda ada jual kat sini..so silalah datang membawa duit berkarung yer,hehehe
lepas aje aku habis menjenguk2 kat sini,maka kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu kilang kerepek!!One of my favourite place kalau aku datang ke Johor ni,hehe


 inilah kilang atau kedai yang aku selalu singgah datang membeli-belah kerepek iaitu Azhar Food kat Rengit.Tak payah susah2 nak cari sebab kedai ni memang tepi jalan aje.Macam-macam jenis kerepek yang ada kat sini,so boleh aje pilih yang mana suka..kalau macam aku,aku teramat sukakan kerepek Emping Malinjo,serius sangat sedap...walaupun rasa dia ada pahit sikit tapi pahit dia macam lemak2 gitu...ni pun,tengah mengunyah emping malinjo ketika aku menaip nih...hik3
Disebabkan nak bagi korang semua teruja sikit,nah aku tampalkan gambar dalam kilang ni yer...


ini bahagian dalam kedai atau kilang ni,memang rabun mata kalau dah masuk dalam ni...aku sendiri berhabis jugak sampai semua member tegur,dah macam nak balik berniaga kerepek plak kat Terengganu lagaknya,hehehe..so,nanti kalau datang Johor,boleh singgah kat sini yer.

Untuk keesokkan harinya plak,aku dan member2 meronda ke Johor Bahru plak..maklum lah kendurinya sebelah sana plak,tapi sebelum tu kami singgah dulu ke kenduri one of my friend kat FB iaitu Hidayah,sebenarnya bff aku Ziha yang terlalu nak pergi sebab Hidayah tu housemate dia..untuk kali yang ketiga,aku makan nasi briyani gam lagi..tapi untuk kali ni,majlisnya diadakan di dewan,dan pengantinnya plak belum sampai sebab f.y.i majlis kenduri kawin kat Johor ni tak kiralah sebelah perempuan atau lelaki,memang pengantinnya akan datang selepas waktu Zohor...jadinya kalau datang awal tu memang tak sempatlah nak jumpa pengantin.So,aku pastekan jugak pic untuk tatapan..hehe


cantik kan pelamin dia?warna kegemaran aku plak tu,PINK!!hahaha...masa g kenduri Hidayah ni,kami hanya berempat sahaja...kalau sesiapa yang follow blog aku ni since aku study kat IPG,memang akan kenal sape bff aku nih...yang sebelah aku pkai shawl merah tu Fatin,yang specky tu plak Roza and the cutest one there is Ziha..confirm sengih kalau si Ziha baca ni,^_____^

After selesai attend kenduri kat Pontian,barulah kami gerak ke Johor Bahru..apa yang bestnya,aku drive sendiri kat dalam bamdar JB tu,walaupun jammed tapi oklah..dapat jugak kenal jalan2 kat situ,hehehe
Setelah beberapa jam,so kami sampai ke JB untuk kenduri kahwin yang ke-4 iaitu Farhan a.k.a Paan,one of our classmates too..majlisnya jugak dibuat kat dewan,sangat meriah.Kali ni aku tak makan pun sebab dah over kenyang,just minum air dan makan kuih yang best.Tak tahu apa nama kuih tu,tapi 2-3 kali aku g bangun tambah kuih tu,nasib pelayan makanan kat situ tak marah aku..hehehe,memandangkan masa tu kitorang datang awal sangat iaitu kul 12 macam tu,so agak lama menunggu kehadiran pengantinnya..kul 2.30 barulah muncul Paan dan wife dia,Meyna.So cute k!!


nice sangat diorang ni,kisah cinta pun ala-ala drama gitu,ngeh3..disebabkan masa ni terlalu pack ngan orang n aturcara majlis,so weo olls semua hanya snap pic ketika pengantin makan berdamai aje.


kami sangat tak menghiraukan uncle and auntie yang sedang enak makan tu,hahahaha..apapun,selamat pengantin baru kepada Paan dan Meyna.
Lepas aje settle attend kenduri yang ni,maka aku and the gang pun berjimba ke bandar JB lah,apa lagi merayap ke Danga Bay dulu..maklum r belum sempat sampai lagi,kat sini kami semua jadi camwore,ahahaha


aksi gediks kami!!


aksi canwore kami semua..ntah pape,apapun happy giler sebab dah lama tak meroyan bergambar sama-sama..opps,kami sempat jugak tengok Villa Nabilla yang duk heboh tu,tapi pintu depannya dah ditutup dengan zink biru..bagi aku,villa tu takdelah scary cumanya cerita tentang villa tu yang buatkan villa tu rasa macam berhantu.Villa Nabilla tu memang betul2 mengadap Danga Bay ni.Lepas puas bergambar kat sini,kitorang bergerak ke tempat paling best untuk wanita kat Johor ni iaitu Johor Premium Outlet atau JPO.Memang salah tempat kami datang sebab mata terbeliak aje semua.Paling best,ternampak butik Michael Kors!!Depan2 pintu kut,pe agi..terus ushar terus lah beg idaman aku,quite ok harganya sebab kebetulan ada sale masa tu.Tapi aku tak beli pun sebab beg idaman giler2 aku takde kat situ,ngeh3..
Apa yang aku beli??Tak beli apa sangat,as usual beli wangian aje sebab tak sangka butik VC ada kat situ jugak,lagi2 buat sale..rembat terus lah aku!


ini aje aku beli,warna pink gitu beg nya..hahaha

Lepas dah selesai ronda JPO yang memang penuh dengan makhluk yang membeli-belah,kitorang pun gerak balik ke Pontian semula,malam tu semua tido awal sebab ngantuk tahap takleh blah agi..

Esoknya plak hari terakhir sesi berjimba kitorang,pe agi round sakan lah kan.Mula2 kitorang g Tangkak,ushar kain lah,baju lah,langsir lah..pastu ntah apa2 agi,disebabkan dah tak tahu nak beli apa,aku cuma beli kerongsang besar ala2 macam dokoh tu..sebab dah lama aku carik kat Dungun tapi takde+harganya mahal giler kalau ada pun,memang tak lah aku nak bagi penjual tu kaut untung lebih kan?hehehe..nasib kerongsang yang aku nak tu kebetulan ada dijual kat Tangkak ni,pe agi...rembat 2 terus,^______^
Dah settle kat situ,kitorang gerak plak ke Muar a.k.a Muo dalam bahasa kitorang.Sampai ke Muar ni memang dalam kepala aku hanya kopi 434 semata2 sebab aku tersangat over sukakan kopi ni.Memang kaw habislah kalau minum,nak2 sekarang ni musim hujan kan,memang bestlah kalau diteguk panas2...Dah sampai Muar ni dalam kul 1 lebih,pe agi perut berkeroncong lah kan,so haruslah pekena Mee Bandung Muar+ teh tarik+rojak petis..memang awesome habis lah!


abaikan meja yang basah,just fokus pada hidangan kat situ yer..maaf kerana gambar rojak petis takde sebab bila kitorang semua dah jadi pirana,memang tak sempat nak buat apa2 lagi,hahaha...apapun I Love Johor lah sebab banyak jugak benda best BUT tak leh lawan cinta dan sayang aku pada Terengganu lagi lah,hahahaha
Lepas makan,kitorang lepak2 kat umah Ziha sambil bersembang itu ini,mula2 cakap nak tido last2 tak jadi sebab girls talk katakan,mana nak pernah habis kan?Malam tu,aku ngan Roza balik semula naik bas..memang awesome habislah unplan trip kitorang nih,moga2 berjumpa lagi yer Johor..hehehe

Sorry if entry ni panjang berjela,kira qada balik sebab dah berbulan tak update apa2 kan,entry yang diperam pun insyallah akan dipublish jugak nanti if sempat sebabnya next week aku ada trip lagi!!Yahuuu...seronok giler kut...
Jumpa lagi next entry,hope dapat membantu sesiapa yang nak ke Johor dengan membaca entry ni,wassalam

~entry ni ambik masa 2 hari nak dipublish sebab mood aku asyik lari aje,hehehe~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in