Aktiviti Lepas UPSR, My Breakfast!!Yummy....

Wednesday, October 09, 2013

Assalamualaikum...
Jumpa lagi di entry baru,kali ni entry yang best sebab aktiviti ni amat aku suka...ok,dalam kesibukan aku mengharungi segala macam kerja,stress lagi kan tapi aku berjaya jugak jalankan satu aktiviti yang baik untuk Tahun 6...hurmm,sebagai guru kelas,inilah first time aku berjaya buat satu aktiviti untuk anak murid yang amat aku sayang,maksud aku aktiviti yang ada faedah lah sebabnya after diorang ambik exam bulan lepas,aku memang biarkan diorang main aje...nasib baik kali ni,diorang memang memberikan kerjasama yang amat baik,excited aku rasa...^____^

Ok,jadi kepada guru-guru di luar sana yang nak tau macam mana aku jalankan aktiviti ni,aku coretkan di sini sikit yer..opps,lupa plak nama aktiviti yang aku jalankan ni ialah My Breakfast,pada awalnya aku ingat nak buat dalam bentuk pertandingan tapi bila fikir2..hurmm,baik aku buat macam aktiviti biasa aje supaya takdelah kes tak puas hati ke,sabotaj ke kan?hehehehe

Untuk jalankan aktiviti ni,mula2 aku diskus dulu ngan anak murid aku...aku explain dulu pada diorang apa aktiviti ni,lepas tu aku tetapkan satu menu wajib iaitu SANDWICH..sebenarnya inilah objektif utama aku,aku nak sekurang-kurangnya diorang tahu buat sandwich untuk diri sendiri atau family..maklum lah,kawasan aku mengajar ni pedalaman so kebanyakkan parents suka sangat menyediakan bekalan mee segera untuk anak2 ke sekolah,sedangkan mee segera tu tak bagus kalau ngadap hari2 kan?jadinya,aku nak diorang belajar buat sandwich,paling cikai pun 2 benda asas aje perlu ada...lepas aku dah explain semua tu,aku suruh jugak diorang buat air,diorang boleh pilih nak buat air teh ke,milo,nescafe atau kopi..semua atas pilihan mereka sendiri.
then,aku suruh diorang sediakan satu menu sendiri,tak kiralah apa2 pun asalkan yang bersesuaian dengan tema iaitumy breakfast..disebabkan anak murid aku ni ada 9 orang aje,maka aku divide kan diorang kepada 3 kumpulan,senang sikit..objektif aku untuk menu pilihan sendiri tu plak adalah sebab aku nak tengok macam mana cara diorang diskus dalam kumpulan,ada kerjasama ke tak..hehehehe
after aku dah explain semua benda,aku bagi masa selama setengah jam kepada semua kumpulan untuk berbincang...opps,peringatan kepada guru2 yang nak buat aktiviti ni,pastikan senaraikan terus barang2 yang perlu diorang bawak..contohnya pisau,pinggan,papan pemotong etc...untuk bahan asas,aku just sponsorkan roti,sardin,minyak masak,garam,milo,teh dan air mineral aje kat diorang selain dapur and tong gas lah...hehehehe,selain daripada tu diorang akan bawak sendiri lah.

so,tadi berjalanlah aktiviti main masak2 aku ni,aku ambik masa dari jam 7:20 pagi sampailah 9:50 pagi iaitu sebelum mereka rehat,kebetulan hari ni memang aku ngan diorang selama 3 period,so aku tambah aje lagi 2 period...biasanya cikgu2 tahun 6 ni senang dikawtim after UPSR...hehehe

lepas diorang dah settlekan persiapan tempat,terus diorang mulakan aktiviti masak2 ni,aku plak dah jadi ala2 macam Chef Joe dalam Masterchef aje,duk tegur itu ini,guide yang tu yang ni and bagi panduanlah kiranya...hahahaha,senang cerita,korang tengok koleksi klik2 aku hari ni yer...

bersungguh-sungguh diorang duk buat buat donut,hehehe

yang ni plak sibuk membuat sandwich bersama-sama

yang ni plak duk sibuk menumbuk bawang nak buat rempah untuk nasi goreng

 masing-masing sibuk menyiapkan sarapan masing-masing,^____^

ok,jadinya itulah sedikit klik2 yang sempat aku ambik pagi tadi,actually banyak agi gambar yang aku ambik tapi tak kan nak paste semua kat sini,hehehehe
lepas aje diorang dah siap masak semua,aku suruhlah diorang kemaskan balik tempat diorang dan hidangkan apa sahaja yang diorang sediakan tu...yang paling penting yang mesti guru ingatkan ialah tentang kebersihan ketika memasak...pastikan semua barang atau bahan yang nak diguna dicuci terlebih dahulu.
sebelum diorang mulakan aktiviti ni,aku cek dulu semua kuku diorang sebab aku dah pesan awal-awal agi,aku tak nak ada kuku panjang/hitam ketika memasak...so far,semua mengikut arahan malahan semua tak sabar2 nak memasak.

lepas aje diorang dah settlekan semua,cara aku nak bagi markah pada setiap masakan diorang ialah aku suruh 2 kumpulan merasa makanan makanan kumpulan yang satu lagi,then bincang markah nak bagi berapa..baru adil kan?lepas tu,semua makan dengan selera walaupun macam2 rasa ada pada makanan diorang ni...ok,nak tau pasal rasa makanan?jap agi aku cerita,aku paste kan dulu setiap kumpulan dan makanannya...


Nama kumpulan : Kumpulan A
Menu : Sandwich,roti telur dan air teh
Komen aku : Kumpulan yang mempunyai kerjasama paling baik walaupun paling banyak main-main,kumpulan ni memulakan masakan paling lambat sebab diorang ada latihan sukan awal pagi tapi siap paling awal..rasa masakan pulak,untuk sandwich rasa dia baik,roti telur mereka pun sedap tapi air tehnya sedikit tawar...apapun,aku bagi A untuk mereka,tahniah guys!!


Nama kumpulan : Kumpulan B
Menu : Sandwich, nasi goreng dan air teh
Komen aku : Kumpulan ni paling lemah gemalai,segala kerja buat berteman...alahai,anak muridku sayang,tapi kerjasama mereka amat baik cuma kadang2 pemalu,bayangkan nak tumbuk bawang pun letak lesung bawah meja..hehehe,untuk rasa masakan plak,sandwich diorang sedap,nasi goreng plak pedas sebab diorang terlebih letak serbuk cili dan nasinya keras sebab dah sejuk,air teh plak agak manis....aku bagi A jugak untuk kumpulan ni,^____^


Nama kumpulan : Kumpulan C
Menu : Sandwich, donut dan air nescafe
Komen aku : Kumpulan ni paling havoc sebab bising sepanjang memasak...banyak sangat aku gelak tengok cara kumpulan ni memasak..hahaha,dah tu nak buat donut tapi tak tahu cara yang sebenar,hahahaha..kerjasama plak ok..untuk rasa masakan plak,sandwich diorang ok,manakala donut diorang plak terlebih masin and air nescafe diorang sedikit pahit serta terlalu manis...hehehe,aku tetap bagi A untuk group ni,^___^

macam2 yang diorang masak kan?aku suka tengok sebab semua bersemangat bila memasak,hehehe,apa yang kelakarnya lepas aku ambik pic ni and diorang pun dah bagi markah,semua makan macam setahun tak makan..lepas tu,terbongkang sebab banyak sangat makanan.part yang aku suka ialah semua tak kedekut,masa aku bawak murid Tahun 2 datang tengok diorang masak,masing-masing dengan ikhlas hati jemput budak Tahun 2 makan walaupun masa tu semua masih sibuk siapkan hidangan yang belum siap agi...nilai yang baik nih,hehehe
oppss,sambung citer balik..bila aje semua terbongkang dengan donut yang masin,nasi goreng yang pedas,air yang pahit masih berlambak,diorang terus buat idea nak lelong makanan diorang pada murid2 lain..aku gelak aje..then,bila loceng rehat berbunyi,masing-masing laju ke bilik RMT nak bagi makanan diorang and memang makanan diorang habis walaupun rasa nya pelbagai...hahahahaha,suka sangat diorang sebab masakan diorang habis.

apapun,memang aku enjoy buat semua ni sebab tak stress...murid-murid pun happy dapat masak ngan kawan2..sebelum aku end up this story,aku just nak share..semakin dekat nak menghampiri cuti akhir tahun ni,aku rasa makin sayu plak sebab anak-anak murid yang aku sayang ni akan pergi tinggalkan sekolah..serius,perasaan ni memang dah lama lahir dari hati aku sejak diorang habis UPSR hari tu,maybe sebab aku dah anggap diorang macam anak sendiri kut,aku sayang semua..bila tengok gambar sorang-sorang,rasa sedih sebab tahun depan aku tak nampak diorang lagi..apapun,aku sentiasa mendoakan mereka semua cemerlang dalam pelajaran sebab semua sangat berpotensi untuk berjaya,oucchhh terfeeling sedey lah plak,huhuuhuhu

oklah,sampai sini aje entry yang aku nak share hari ni,semoga memberi idea kepada mereka yang membaca..wassalam.

~ lusa aku nak balik kampung,just miss my hometown,my parent, my siblings also my fiance...hehehe,apapun  tempat aku mengajar ni dah buat aku jatuh hati ngan kedamaian tempat ni,betul kan orang cakap..tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pulak tempat mencari rezeki...hurrmmmm ~



0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in