Kegilaan Terhadap Shawl Halfmoon

Thursday, August 29, 2013

Assalamualaikum...
Wahh, kali ni aku update blog guna henpong saja...ingatkan tak dapat rupanya ok jugak, cuma skrin kecik sikit dari lappy kesayangan aku tu..ok, kali ni aku nak kongsi tentang kegilaan aku sekarang.Macam yang korang tau, sekarang semua orang nak jadi hijabista, stailista,fashionista dan sopinklista sekali, jadi aku pun macam dah terjebak sama..hehe

Sebenarnya aku bukanlah pandai sangat nak pakai shawl, jadi aku memilih untuk lebih menggemari shawl halfmoon..kenapa aku gilerkan halfmoon? Sebabnya tudung ni sangat senang giler nak pakai kut..2 minit dah boleh siap, selain tu nampaklah jugak stailista nya,he3
Mesti ada yang kadang2 tak tahu bentuk halfmoon yang sebenarnya kan? Inilah bentuk dia..aku copy dari Mr.Google



Sebelum tu,aku paste dulu gambar aku pakai halfmoon ek..


Yang ini adalah halfmoon jenis colour block.
Opps, sebelum terlupa aku tak pakai selepet atas dahi tau sebab muka aku bukanlah berbujur sireh sangat dan sangatlah buruk kalau aku pakai selepet..untuk yang itu plak aku menggunakan INNER BAWAL...inner ni memang best sangat sebab dia macam kita pakai tudung bawal tapi dia lebih kecik lah, so nampak nice untuk insan-insan seperti aku yang sederhana aje ni...inner bawal ni pun murah aje, sehelai cuma RM5 sahaja.Memang berbaloi-baloi, untuk inner ni aku beli 10 helai pelbagai warna, dan owner blogshop yang aku beli tu telah berbesar hati memberikan satu inner percuma pada aku, so aku ada 11 helai inner bawal...pilih aje nak pakai yang mana. Aku beli inner bawal ni kat online shop iaitu Indah Shawl sebab hanya dia yang menjual inner bawal dengan harga yang murah dan kualiti bawal yang best,ada jugak kedai2 lain jual inner bawal ni tapi harga atas dari rm8,so why not kita berjimat kan?

Ok, back to halfmoon...cara nak pakai halfmoon ni sangat senang, macam kita pakai tudung bawal jugak..caranya seperti ini yer:

1)  Letakkan shawl halfmoon ni elok2 atas kepala, samakan bahagian kanan dan kiri dia tau.

2) then pin kan yang bahagian kanan ke bahu kiri, manakala yang bahagian kiri
 ke bahu kanan, korang pandai2 lah susun dia elok2...

3) siaplah!! Mudahkan??

Kat mana biasanya aku beli shawl halfmoon ni? Sebenarnya ada banyak kedai-kedai online mahupun kedai-kedai biasa yang menjual shawl halfmoon ni dengan pelbagai corak, pilihan warna malahan siap ada beading bagai agi..korang usharlah sendiri, nanti aku pastekan link kedai kat bawah entry ni yer..yang paling penting aku nak pesan ialah mesti buat perbandingan harga sebab sebenarnya kebanyakkan kedai jual shawl halfmoon yang sama aje tetapi harganya berbeza, so janganlah biarkan diri sendiri tertipu yer..shawl halfmoon yang aku pakai kat atas tu just rm20 aje aku beli masa bazar ramadhan ari tu...murah kan?Setakat sekarang aku ada lebih kurang 10 helai shawl halfmoon, dan maybe bakal bertambah lagi...hehehe

Oklah,rasanya tu saja yang aku nak share hari ni,kalau ada nak tanya...boleh drop komen kat bawah aje yer...sebelum end dis entry, nak paste lagi sekeping pic halfmoon aku...hahaha


Baru boleh end dis entry,ngeh3
Wassalam

Facebook Inner Bawal : Indah Shawl

~ become a teacher ni mbuatkan aku selalu kena nampak ceria supaya budak bersemangatlah sikit tengok cikgunya, he3~


1 comments:

simanis86 said...

Sesuai ngn muka husna... Ngajo kat srawak sekolh mn yer???

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in