Kisah Di Tahun 3

Tuesday, July 16, 2013

Assalamualaikum...
Tetiba rasa rajin nak mengupdate blog malam ni..alkisahnya aku cuma nak share kisah anak murid aku di Tahun 3..tahun ni,aku mengajar BI untuk kelas Tahun 3.

Kelas Tahun 3 ni adalah kelas paling ramai dalam sekolah iaitu 13 orang,hahaha...mesti korang gelakkan..jangan gelak,itu memang lumrah sebab sekolah aku ni kategori SKM (sekolah kurang murid)..tapi aku suka mengajar kat sini,sebab senang nak handle budak.

ok,back to story..kisahnya macam ni,bulan ni merupakan Bulan Bahasa sekolah aku,so banyak aktiviti yang dianjurkan...aktiviti ni melibatkan Panitia BM dan juga BI,kiranya banyaklah pertandingan yang dijalankan.maka aku ni ditugaskan untuk mencari peserta bagi pertandingan Story Telling Tahap 1..apa yang aku share adalah kisah ini :

Aku : Siapa nak masuk pertandingan story telling?
Murid Tahun 3 : tak nak lah teacher,susah...
Aku : apa yang susah,ambik buku,baca pastu hafal...pastu kamu story semula..
(masa ni semua diam n pandang aku aje)

Aku : jadi siapa nak masuk ni?teacher bagi upah best nanti...
 lepas tu adalah seorang murid angkat tangan nak join..he3

Aku : sape lagi nak join?teacher bagi Koko Krunch nanti...sedappppppnya!
Murid : teacher,kami tak nak upah..tak baik bagi upah,upah tu kan rasuah...
Aku : amboiiii,pandainya menjawab...

tu yang aku cakap,diorang ni memang pandai bercakap n menjawab...ada masa aku memang garang ngan diorang dan ada masa aku memang anggap diorang macam kawan2..ok,tu kisah tadi..

ada satu lagi kisah hari ni jugak yang aku nak share..kisahnya begini:

Sekarang ni,untuk Tahun 3,aku sedang ajar topik In School...so,diorang kena kenal tempat-tempat di dalam sekolah,hari pertama belajar,aku suruh diorang lukis pelan sekolah...ok jugaklah walaupun 2 hari baru siap..ok,so tadi dalam buku aktiviti diorang ada 8 tempat yang perlu diorang kenal pasti..antaranya ialah koperasi.

Memandangkan sekolah aku ni pedalaman dan confirm2 lah takde koperasi,so diorang macam blur r skit bila aku sebut bab koperasi ataupun kedai sekolah ni..jadinya inilah yang terjadi..

Aku : Tau tak apa itu koperasi?
Murid : Tak tahu lah teacher..
Aku : Kenapa di sekolah kita,tak ada kedai sekolah?
Murid : Sebab............(sambil semua sibuk duk berpikir)
Aku : sebab sekolah kita ni tak cukup bilik atau ruang untuk kedai sekolah.
Murid : teacher,kan padang tu besar..buatlah kedai sekolah kat situ,tak payah nak besar sangat padang tu...takdelah jauh sangat kami nak lari.
Aku : gelak sakan...hahahahahaha

Sememangnya padang sekolah aku amat besar,dan bila murid2 ada latihan pembangunan olahraga atau sukan,diorang memang akan kena lari keliling padang,dan sememangnya penat kalau dah kena lari banyak pusingan...he3,macam2 diorang ni.

so,itulah kisah yang aku nak share sebagai satu bahan kenangan aku di blog ni..satu ari,mesti aku akan pindah jugak dari sekolah ni..dengan adanya kisah ni di blog aku ni,dapatlah jugak aku kenang diorang...last,this is my year 3 pupils yang sgt2 hardworking kalau diberi kerja...

 ni pic masa diorang buat task diary last 2 weeks...he3

jumpa lagi next entry,wassalam.

~keep counting days for August,tak sabarnya nak jumpa parents tersayang dan yang tercinta,^_____^ ~



0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in