Kesibukan Tahap Menggila

Wednesday, July 24, 2013

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni dah hari ke 15 kita berada dalam bulan Ramadhan,sekejap aje masa berlalu kan? apatah lagi bagi aku yang memang sibuk teramat sepanjang bulan Ramadhan ni...tapi aku bersyukur sebab masih mampu berpuasa dengan baik walaupun pernah sekali termiss sahur sebab kepenatan melampau..hu3,sedih tau time tu.

Memandangkan minggu depan aku bakal pulang ke Semenanjung dah (menaip dengan muka tersengih kerang ni),so baru aku teringat yang aku belum ada,aku ulang BELUM ADA baju raya kut...serius baru tersedar,hu3..aku just ada baju raya hari pertama aje,tu pun sebab mak aku yang sediakan memandangkan raya pertama kitorang memang sentiasa sama..tahun ni family aku telah bersetuju dengan cadangan kami 3 beradik perempuan untuk memilih warna biru elektrik!!wahhh...hepy giler kut,ngeh3
nasib baik kami perempuan 3 orang,so adik aku yang bongsu lelaki tu memang sentiasa akan follow kami aje...hak3

jadinya,selain daripada aku belum menyediakan persiapan diri untuk beraya termasuk persiapan untuk rumah aku jugak,aku jugak belum menyetelkan hal-hal yang berkaitan majlis aku yang bakal berlangsung tak lama lagi...huwaaaa,rasa stress giler kut.banyak sangat benda belum setel..tulah,konon nak buat DIY sangat,last2 aku yang terlentang sorang2...

apapun,alhamdulillah dalam kesibukan aku yang menggila ni,sebab aku ni cikgu Tahun 6...banyak sangat keje yang perlu dibuat,dengan kelas tambahannya berjam-jam,so memang masa aku nak online sangat terhad,tapi aku mampu menguruskan satu perkara dengan baik.aku dah setelkan welcome board aku dengan baik..yipppi,gembira ni tau..ari tu aku ada buat entry pasal welcome board kan, (KLIK SINI KALAU NAK BACA) so sekarang aku dah berjaya menyetelkannya walaupun agak last minit..rupanya nak buat welcome board tu ambik masa seminggu jugak,tu belum termasuk draft yang bakal dipinda berkali-kali.

memang berdebar dan risau bila owner tempat yang aku order tu cakap,maybe sempat maybe tak...after dia diskus ngan kilang,baru dia cakap insyallah sempat siap..so,aku pun laju2 proceed order..pastu menambahkan berdebar,kena que plak sebab ramai betul manusia nak kahwin after raya...hu3,nasib baik orang tu siapkan draft aku dengan cepat jugak..namun begitu,disebabkan juga aku ni agak cerewet skit,beberapa kali juga draft tu dipinda dan hasil perbincangan ngan Encik Dia,draft yang ketiga baru kami proceed...huh,serius seksa diskus pakai whatsapp je tau..yelah line kejap ada kejap takde..tapi alhamdulillah,semuanya berjaya diselesaikan dalam masa 3 hari aje..

so,aku berjaya siapkan part tu..tapi aku tahu after aku jejak aje kaki kat umah nanti,CONFIRM melambak agi belum setel..takpe,harap2 aku kuat dan tabah serta otak mampu bertindak dengan cergas time tu...hahaha
opss,ada yang nak tahu aku place order kat mana?sorry sekali lagi sebab ketiga2 suggestion place yang aku tulis dalam entry ari tu tak berjaya memikat hatiku...hahaha,so after survey2,aku memilih DZ D'Laila Printing Card,quite ok...sebab dia boleh draftkan dengan cepat dan mengikut citarasa kita...yelah,dalam keadaan last minit,pastu nak tukar itu ini itu ini,owner dia dengan cool aje melayan kerenah aku...so,aku suka dengan layanan macam tu walaupun aku tahu mesti banyak tempahan sekarang,nak tahu hasilnya??ok,nanti after selesai segala...aku tunjukkan hasilnya yer,hu3
nah,aku sharekan link fb nya ngan korang.


oklah,sekarang ni aku nak siapkan segala kerja aku yang penuh melambai tu,now kena siapkan kertas peperiksaan pertengahan penggal untuk subjek yang aku ajar memandangkan minggu depan dah nak exam..opss,next entry aku nak share kaedah pengajaran yang aku guna untuk ajar topik anggaran panjang tau..actually,memang niat dihati nak update entry tu malam ni tapi tak sempat sebab berkejar ngan masa..

jumpa lagi nanti tau,wassalam

~aku sedang berusaha mengushar baju raya yang sesuai untuk aku,penatnya diri!! ~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in