Pendekatan "Teacher's Touch" Untuk Murid Yang Lemah

Saturday, May 19, 2012

Assalamualaikum...
Kali ni aku nak share perihal anak murid aku di Tahun 4...memandangkan aku adalah guru kelas mereka merangkap guru Matematik diorang jugak,jadi setelah 5 bulan aku mengjar diorang,aku rasakan tahap pemahaman diorang dalam asas Matematik amat lemah...mereka tahu membaca,menulis dan mengira tapi kadangkala berlakunya kecuaian yang aku rasakan tak sepatutnya mereka lakukan...

Setiap kali selepas peperiksaan ujian bulanan atau pun penggal,aku akan buat post mortem sendiri2..dan sememangnya murid Tahun 4 ni sangat lemah trutamanya bila membabitkan operasi darab dan bahagi...
aku ada buat kelas tambahan untuk mereka ber9 tetapi aku rsakan outcome yang aku dapat xmencukupi,mcm hanya 40% yang masuk dalam kepala diorang...
so,fikir punya fikir (aku takut sbnrnya sbb subjek Math diorng paling truk brbnding BM,SN n BI) aku rasakan,aku kena gunakan satu pendekatan yang berbeza yang pernah aku gunakan masa aku buat Kajian Tindakan tahun lps...
aku namakan program aku ni sbg "Teacher's Touch"...
so,hari ni kul 9 sampai 11.30 tadi,aku mulakan...sesi pertama ni,aku pilih hanya 2 orang murid sahaja daripada 9 orang...murid yang aku pilih ialah Melrencia dan Costarina,dua2 orang amat lemah...Mel cuma dapat D baru2 ni dan Cos pulak gagal,hurmmm...sedih aku.

jadi masa kul 9 tadi,aku terus ke kelas Tahun 4,aku ingat diorang belum sampai rupa2nya kul 7 pagi lagi diorang dah smpai...terharu plak aku.untuk pengetahuan,murid2 di pedalaman ni mempunyai semangat utk belajar yg sgt tinggi,tu yang aku suka...
so,aku pun mulakan kelas dgn menggunakan operasi + dulu,aku duduk dpn diorang,aku buatkan satu buku khas utk diorang...buku tu hanyalah 5 helai kertas kuning yang zaman dulu tu (kalau pdm banyak kali,kertas ni akan koyak),aku lipat dua dan stapler tengah2...diorang nampak suka sbb pertama kali tgk,lepas tu aku suruh diorang tulis nama...
aku bagi soalan + yang mudah dulu,n diorang jawab atas buku yang aku buat tadi n alhamdulillah diorang boleh jawab...aku bagi lagi beberapa soalan n lepas aku rasakan diorang dah ok,aku pindah ke operasi tolak...smuanya ok sehinggalah aku mula berpindah ke operasi darab..hurmmm,dalam hati aku,dah bermula masalah diorang.
dulu,masa mula2 aku ajar mereka,mereka memang xtahu mendarab langsung...lepas tu,aku cuba ajar kaedah biasa,pun x dapat...last2 aku guna teknik alternatif iaitu menggunakan kaedah lattice,lepas aku terang n bagi latihan,alhamdulillah diorang dah boleh buat soalan darab...walaupun kaedah lattice tidak digalakkan sangat tapi ia merupakan satu pendekatan yang sgt2 baik utk pelajar yang lemah...kpd yang xtahu apa kaedah lattice,ni contoh yer..


so,ari ni aku ajar Mel dan Cos menggunakan kaedah lazim biasa sebab bila aku tanya tadi,diorang memang xtau lagsung cara nak mendarab biasa...aku terang satu2 apa perlu buat,aku conteng atas kertas depan diorang n aku suruh tengok mcm mana caranya...lps tu aku suruh diorang buat satu soalan n aku terkejut!!
diorang berjaya melakukannya walaupun pertama kali...hurmmm,dalam hati aku,mungkin mereka perlukan satu pendekatan P&P yang berbeza...
utk kukuhkan pemahamn diorang,aku bagi lagi soalan dan kesemuanya berjaya di jawab dgn betul....gembiranya hati aku. 

dah habis aku ngajar darab then aku berpindah ke operasi PALING BERMASALAH diorang iaitu bahagi...
mula2 aku suruh diorang bahagi menggunakan satu digit dulu,lepas tu diorang cuba buat...x sampai habis,diorang dah stuck...so,aku pun explain dengan jelas dan terangkan mcm mna cara sepatutnya nak buat...
bila aku tanya sama ada diorang faham ke tak,diorang angguk n aku bagi soalan lain n sekali lagi aku bersyukur kerana diorang berjaya melakukannya...
untuk operasi bahagi,aku berikan banyak soalan untuk diorang n kadangkala ada jugak kesalahan yang diorang lakukan n aku akan perbetulkan terus apa yang salah...
sedar x sedar dah 2 jam setengah berlalu n kami x sedar langsung,kadang2 aku buat lawak,diorang akan gelak n aku x gunakan papan hitam sbb aku tnjuk atas kertas depan diorang terus...
bila dah nak balik tadi,aku tanya...

"mana awak lagi suka,teacher ajar awak mcm ni ke atau ajar mcm biasa dalam kelas ramai2?"

dua2 tersengih n diorang jawab...

"macam ni..."

aku senyum aje,kesimpulannya murid2 yang lemah ni memerlukan satu pendekatan yang berlainan utk mereka lebih memahami n guru yang mengajar dgn lebih lembut n sabar,akan membuahkan hasil yang lebih baik...i admit it!!
(sebab selama ni aku agak garang bila mengajar n sentiasa menggunakan pendekatan tegas)

so,tadi tamatlah sesi pertama program "Teacher's Touch" aku...petang ni 2 orang lagi akan datang utk sesi ke-2 yang akan bermula kul 3 sampai 5.30 petang....hikmah yang aku dapat ialah walaupun aku jauh di pedalaman tanpa banyak kemudahan tapi weekend aku dapat terisi dgn mengajar murid2 yang memerlukan mcm anak2 murid aku ni...
so,xdelah aku bosan sangat...he3

wassalam.

notakaki : 6 days more untuk BALIK KAMPUNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG.....hehehehehe

2 comments:

Noraim said...

assalamualaikum kak.

first time sampai di sini dan terbaca tips yang sangat menarik. btw, boleh mintak cara untuk contact akak? nak tanya banyak perkara berkaitan mengajar budak lemah ni.

sy guru sekolah swasta. takde pengalaman sangat dan nak minta pengalaman akak handle budak2 ni :)

regards.
Noraim Ismail
noraimismail@gmail.com.
019-9705337

Una Husna said...

Waalaikummussalam...
Terima kasih sudi singgah. Kak Una ni bukanlah pakar sangat dik tapi bolelahlah bantu mana yang patut.Mintak maaf sbb Kak Una lewat reply,sibuk ngan Tahun 6...

Boleh contact Kak Una by email yer seriyukonana@gmail.com

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in