Kisah Guru-guru yang Dibukukan...menarik!

Tuesday, May 22, 2012

Assalamualaikum...
Hari yang penat+kerja yang semakin bertambah...namun itulah lumrah selagi anda berada di alam pekerjaan,nama pun pekerjaan kan cnfirm2 r kerja tak kan pernah habis...hu3

oklah,mcm biasa...hari ni sebenarnya aku nak share satu benda ngan korang lagi,tapi masa aku nak ambik gambar tadi,tetiba hp kesayangan aku ni abeh bateri plak...err,biasalah..bila keje dah melampau,maka kita akan selalu terlupa perkara rutin yang perlu dibuat walaupun hnya mengecas hp...
so,x dapat lah aku nak share perkara yang aku buat untuk murid kelas aku tu..
sebenarnya perkara2 yang banyak aku aplikasikan kat sekolah ni semuanya diinspirasikan dari IPG aku sendiri...aku banyak belajar tgk environment kat sana trutamanya di bawah kendalian Jabatan Matematik...paling aku suka ialah Maths Lab,rsa mcm masuk dalam dunia Matematik...semua benda ada,so aku banyak tiru cara lecturers aku ajar n nasihat,alhamdulillah setakat ni sangat banyak membantu memudahkan P&P aku...n "kitab2" Matematik aku yang tebal2 tu merupakan satu barangan kesayangan aku sekarang...sebab aku masih lagi merujuk kitab2 Matematik aku tu kalau aku ad prob bila mengajar...

ok,kembali pada tajuk entry aku...kali ni,aku nak share 2 buah buku yang pernah aku baca n memberikan satu momen utk aku jugak lah,he3..yang pertamanya bertajuk " Secawan Kopi Daripada Guru"....buku ni aku baca msa aku Tingkatan 4,aku kan librarian,so selalu lepak library...jadi buku ni amat menarik minat aku,dalam buku ni ia mengisahkan pelbagai koleksi cerita guru-guru dengan murid sama ada yang sedih,gembira,kelakar,sesalan n mcm2 lagilah...n aku sgt2 suka kan buku ni masa tu..walaupun msa tu aku Tingkatan 4,cita-cita aku konon2 nak jadi seorang jurutera lah (cewahhh gitu) tapi buku ni mcm memberi inspirasi pada aku pada masa tu,hurmmm...patutlah aku jadi cikgu skrg yer,hu3
buku ni ada byk koleksi,so korang boleh pilih nak baca yang mana...aku xtaulah sama ada buku ni masih ada lagi ke tak skrg,aku rasa ada kut tapi kena pandai2 lah cari...


inilah bukunya...aku kidnap gambar dari tmpt biasalah,Google...so,kalau siapa2 yang pernah baca,mesti tau kisah2 dalam buku ni...

n satu lagi buku yang aku pernah baca jugak,kali ni aku kisah seorang guru besar yang menceritakan perjalanan karier dia daripada seorang guru biasa sampailah dia jadi guru besar...tapi aku lupa apa tajuk citernya,buku ni aku baca kat library IPG aku...ak rsa kalau cari mesti ada...n salah satu kisahnya yang paling aku ingat sampai skrg ialah mcm mana guru besar ni nak elakkan masalah vandalisme yang suka conteng2 dinding sekolah dapat dikurangkan...guru besar ni selalu memantau secara sembunyi2 murid2nya yang suka conteng dinding sama ada di tandas,belakang sekolah,di koridor atau di mana sahaja wujudnya dinding...n tau satu pagi masa perhimpunan guru besar ni buat pengumuaman apa...
dia kata...

"sebagai seorang guru,saya tau murid2 sekalian kadangkala mempunyai konflik dalaman yang  mahu dilepaskan dan saya telah menyediakan satu tempat khas untuk anda menconteng apa sahaja yang anda ingin luahkan..."

tau apa yang GB ni buat?di satu koridor sekolah iaitu satu laluan yang murid akan lalu sebab laluan ni menghala ke tempat letak basikal,dia sediakan satu ruangan yang besar yg telah ditampal ngan kertas mahjung putih n kat situlah murid2 boleh menconteng apa sahaja tanpa had...
minggu yang pertama,takde siapa pun yang conteng,putih aje ruangan tu...masuk minggu kedua,dah ada yang mula menconteng n sejak ada yang mula menconteng,makin ramai murid yang menconteng apa sahaja kat situ,nak marah cikgu ke,nak luah apa2 ke,geram kat member ke,marah awek ke,nak gaduh ke malah ada jugak yang meluahkan perasaan cinta (hampeh aje)...n nak tau x apa yg GB tu buat lps diwujudkan ruangan tu? GB tu akan sentiasa membaca apa yang ditulis oleh murid-muridnya selepas sekolah lengang...hurmm,sangat2 prihatin GB ni kan? kisah ni aku rsa mcm memberi inspirasi utk seseorang guru mencari cara baru utk memahami muridnya...
sejka daripada GB sekolah tu sediakan ruangan menconteng,kes conteng dinding semakin berkurangan n setiap minggu,ruangan menconteng tu akan ditukar kertas mahjungnya bagi memberi peluang dan ruang utk murid "melakar" perasaan mereka...n finally after 2 or 3 years ke,sekolah tu dah x menghadapi masalah dinding diconteng lagi malahan ruangan menconteng tu pun dah kurang contengannya...maybe murid dah penat kut conteng,he3
baguskan idea GB tu...terlupa plak aku,GB yang hebat n bijak tu merupakan seorang guru besar PEREMPUAN!!
(aku sengaja capslock n bold,hik3)

so,kepada semua guru di Malaysia ni,kita jangan menghalang apa yang murid cuba lepaskan tetapi carilah cara/jalan yang lebih baik utk murid melepaskannya...
wassalam..

notakaki : aku baru jer lepas dgr taklimat Sistem Nilaian Sarawak (SNS) yang agak menyerabutkan n bru je lepas key in markah murid utk SAPS jugak...perkeranian guru katakan,hu3




0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in